Maybe... Later

Salam.

So... Ssup gais! Serious aku kebosanan walaupun ada kerja yang aku sepatutnya siapkan. Tapi aku masih lagi nak on blog. Nak tulis walaupun tak ada siapa lagi baca. Nak buat blogwalking. Nak buat macam-macam lagi.

Tapi memandangkan fon aku tengah rosak adalah antara perkara yang membantutkan niat aku untuk berhotspot dengan sewenangnya. Dan.. ditambah lagi dengan line internet yang sangat sangat slow. Lagilah tak ada mood nak aktif berblogging.

Jadi alang-alang aku dah menulis, aku terfikir apa aku patut buat dengan blog ni ya?

|
|
|
|
|

Personally buat masa sekarang aku bukannya nak guna blog ini untuk berblogging secara professional. Tapi aku ada beberasa tujuan lain iaitu :

First--


It just another world where I can dump all my thoughts and words. Aku tak nak jadi serius sangat. It just a simple blog for leisure only. Untuk aku hilangkan kempunan aku nak menjadi seorang penulis.

Berkemungkin besar perkara yang aku akan tulis adalah some stupid jokes [yang selalunya hambar] or any random things. So in case kalau kau dah serabut dan nak tambah stress lagi bolehlah baca blog aku.

Pendek kata juga jangan expect hujah dan madah yang hebatlah daripada penulisan aku. Tapi manalah taukan nanti aku .... erk, okay next !

Second---


Kalau ada masa terluang mungkin aku boleh join mana-mana segmen yang dianjurkan oleh blogger lain. Dan itu bergantung pada tahap kerajinan aku [of courselah].

Third--


Mungkin aku sendiri akan buat challenge dekat blog ni. Aku ada plan tapi tak tahulah akan dibuat ataupun tidak. Sebab first of all, aku ni sejenis yang malas nak follow challenge sampai ke akhir. Tapi mungkin aku boleh record challenge aku dengan menggunakan blog ni.

Yang penting challenge aku bukanlah challenge tik tok ke ig photo challenge ke. It just a simple challenge in short duration of time. Argh tengoklah nanti aku buat ke tak.

Tapi idea ini masih lagi dalam pending situation.

Lastly--


Well sebenarnya antara tujuan utama aku untuk berblogging selain daripada the first point adalah aku nak berkomunikasi dengan sesiapa yang sudi datang ke blog aku. Senang cerita aku nak tambah kawan. Well who knows right nanti bla bla bla.

So kalau ada sesiapa yang nak aku bw atau followback ke... Just let me know, okay.










Thats all for now gais. Don't forget to take care of your hygiene and please stay at home.

Sekian.

Comments

Post a Comment

Shoot --