A Little Thing That Is Not So Lovely

Salam.

Tahukah anda bahawa selain daripada mamalia seperti manusia dan anjing—
Serangga seperti lipas adalah antara binatang yang terkenal dengan gila =)

Ceh.

……….

Situasi aku sekarang ni. Dekat sebelah aku ni ada seekor lipas yang mempunyai simptom untuk menjadi gila. Dia berada agak jauh tapi aku perhati je dari tadi. Beliau dari tadi asyik buat bunyi je. Tapi eh… tiber sekarang dia senyap. Mungkinkah dia berpura-pura senyap apabila melihat skrin laptop aku bercerita tentang beliau? 

[macamlah lipas faham bahasa manusia pulak]

Adakah sebentar lagi akan berlaku serangan hendap tatkala benteng pertahanan aku mulai lemah? Aku serius tak berani nak pukul sebab selalunya aku akan fail and the rest is history.

*an enemy has been slain*

|
|
|
|
|

Maksud aku selalunya lipas yang aku nak bunuh tu akan attack aku macam musuh dalam ML sampai aku pulak yang kena melarikan diri. 

Tapi ada jugak time aku akan berjaya bunuh mereka ya. Yang sedih kalau aku berjaya bunuh beliau, aku akan nampak anak beliau [mungkinlah kot] yang masih kecil tiada daya akan mengintai-intai dari kejauhan. Pantas menyorok dan menyelinap. Berlari-lari dan menyorok lagi. Langsung tidak berani menghampiri jenazah beliau yang aku sudah kuis jauh-jauh.



Oh.



So aku fikir kenapa ya lipas boleh menggila. Adakah kerana beliau terlalu banyak menyimpan dendam kesumat kepada manusia yang cuba sentiasa berusaha untuk membunuh keturunan dan sanak saudaranya dengan menggunakan serai wangi dan semburan ridsect? 

Ataupun sebenarnya serai wangi dan ridsect itu sebenarnya adalah suatu formula konspirasi untuk mengaktifkan tahap kegilaan mereka pada kuantiti tertentu [sah-sahlah aku merepek] !

Lol. I’m just kidding gais. Nah, take a chill pill.








What I mean is …. Sebenarnya aku nak bagitau kat lipas yang aku tak kisah beliau nak buat apa ya lipas. Yeah suka hati kau lah nak jadi gila ke nak mabuk ketum macam dekat club ke.

Tapi perlu ke kau nak beraksi time tengah malam buta. Siap terbang-terbang pulak. Ke sebenarnya kau ada penyakit split personality. Jadi ada masa kau keliru dengan identiti kau sebagai lipas kepada seekor rama-rama yang indah sayapnya.

Dan apa yang paling penting adalah bahawa apabila secara rasminya kau dah mula terbang, kau bukan lagi seekor lipas.

Kau bertukar kepada ba alif ba ya !
Urgh bye…

#ripmyketenanganmalam
#jeling2takberanipukul
#iamsodeadagaintonite

Comments

Shoot --