Hectic

Salam.

Akhirnya fon yang aku order hari selasa sudahpun sampai pada hari rabu. Alhamdulillah, semuanya pantas dan okay.


Jadi dengan excitednya aku on, masukkan kad sim, download whastapp dan bla, bla,bla...

|
|
|
|
|

Weh.

Aku baru sedar aku ada banyak gila weh kerja nak kena buat. Hahaha.

Oh, sebelum aku terlupa aku nak bagitahu yang aku masih lagi seorang pelajar. Online class yang bermula minggu ini antara sebab kenapa aku urgent gila order fon dekat shopee jugak.

Kalau tak aku macam--

Erm tak pelah. Main game ular jelah dulu. Hahaha. [haih...]

Jadi sekarang ni aku dah pening kerja banyak gila. Harap-harap boleh adapt dengan situasi ini sepantas mungkin.

|
|
|
|
|

Dugaan kelas online

Banyak jugak sebenarnya dugaan guna online class ni. Yang paling ketara adalah semestinya line internet yang ada masanya macam siput. Takpun macam lampu lip lap - kejap ada kejap tak ada. Nak-nak lagi time tengah video dengan lecturer. Dugaan betul.

Suara lecturer pun jadi sangkut-sangkut. Awal ada. Tengah tak ada. Akhir ada balik. Oh, kalau video tu macam buat line kau berat sangat, kau on kan audio je. Mungkin akan okay sikitlah lepas tu. Hadap jelah screen hitam tapi sekurang-kurangnya dapatlah penerangan daripada lecturer. Tapi kalau lecturer kau ada ajar apa-apa kan screen tu aku no komenlah sebab bergantung dengan course korang jugak.

Lepas tu kalau boleh jangan tidur malam lambat sangatlah. Sebab kau berkemungkinan untuk terlepas ambik attendance sebab terlajak tidur. [ehem] Terciduk sudah. Takpe take your time, betulkan balik timing tidur. [tepuk bahu sendiri]

Oh. Ada lagi satu... Bernasib kurang baik plus kurang asamnya kalau kau ada member yang... notti gitu? Sebab member kau berkemungkinan besar boleh pergi screenshot muka kau tengah hodoh waktu video dalam online class dan post balik dekat kau. Yang ini paling geramlah.


|
|
|
|
|

Jangan kemut


Aku nak berkongsi jugak apa kesannya bila tak ada telefon beberapa minggu ni. Yang kononnya aku acah macam haa... Akhirnya aku takdelah nak usyar ig sangat, rasa mental koyak bila tengok story orang dan bla bla bla. [tiberr..]

Jadi berdasarkan pengalaman aku tak ada telefon beberapa minggu ni... apa yang aku boleh cakap memang lecehlah bila tak ada fon. Nak wassap susah. Lecturer cari aku kena guna orang tengah 😂😂😂

Tak memasal bukan diri aku saja yang susah. Orang lainpun terpaksa disusahkan. Nasib baiklah dapat member dengan lecturer yang faham dengan situasi aku.

Lagi satu banyak info yang aku dah ketinggalan. Kalau nak kejar balik semua benda yang dah terlepas buat aku rasa macam kena naik pakai bullet train. Jadi sekarang aku dah pening.

Pendek kata, salah satu moral of the story sampingan yang aku boleh highlightkan adalah jangan bertangguh dan kedekut duit kalau kena beli benda keperluan. Yalah nak buat macam mana kan kalau dah benda nak jadi. Apa-apapun kena set dalam kepala bahawa duit tu datang dan pergi. Dan itu memang function duit pun, kan kan kan?

Tapi dalam masa yang sama kena pandai-pandai kawallah apa yang perlu dan jangan boros sangat. Aku tengok kat youtube berlambak pasal online shopping haul. Kalau kau tengok kat websitepun ada banyak barang yang dijual dengan harga diskaun.

Aku sendiripun tergugat jugak klik klik masuk bakul. Tapi nak beli tu... Erm. Tunggu aku kaya nantilah kut. [gelak sendu]





Jadi kepada korang yang ada dalam situasi yang sama macam aku --


Goodluck geng dan bertabahlah semua. You are not alone. [uhuk]
Btw jangan pura-pura takde line waktu kelas 😹


Sekian.

Comments

  1. Kedekut tu perlu, kadang kadang. Hmmm nak kaya! Hahaha

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya menghadapi ujian belajar on9 semasa PKP ni. Done follow back. tq

    ReplyDelete
  3. uu what phone is that? is it functioning well?

    ReplyDelete
    Replies
    1. realme c3. i bought it from shopee and I got it just in 30 hours after i placed the order. also, yes it functioning very well ! :)

      Delete
  4. Yeah... Dah ada hp baru.. bolehlah study dengan cemerlang.. Sha pun ada 2 kali beli telefon melalui shopee.. Alhamdulillah, okay je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... cuma kena berhati-hati bila beli dan survey komen dulu sebelum beli

      Delete

Post a Comment

Shoot --